Modal Insan vs Human Capital


Akademi Penyelidikan HALUAN (APH)
dan
Kolej Tek
nologi Darulnaim (KTD)

telah menerbitkan serbuah buku bertajuk Menjana Modal Insan Cemerlang hasil karangan ahli-ahli akademik Malaysia. Butir tentang buku adalah seperti berikut

Tajuk:
Menjana Modal Insan Cemerlang

Penyunting:
Asmawati Desa, Zulaiha Ali Othman, Rosmila Senik

Terbitan:
Akademi Penyelidikan HALUAN (APH),
Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),
Tinta Image Sdn. Bhd.

Tahun: 2009
Genre: Akademik
Jumlah m/s: 210
ISBN: 978-983-44063-1-8
Harga: RM 20.00

Penulisan buku ini adalah satu usaha ke arah membicarakan pelbagai aspek yang ada hubungan dengan modal insan.. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1. Peranan pendidikan dalam menjana modal insane.
2. Keberkesanan pendidikan di IPT dalam menjana modal insan.
3. Pembangunan modal insan daripada perspektif Islam.

Terdapat 13 bab merangkumi pelbagai isu berhubung modal insan. Kebanyakan bab adalah berdasarkan kepada kajian di dalam negara yang telah dijalankan oleh penulis masing-masing. Selebihnya adalah berdasarkan kajian perpustakaan atau terhadap tinjauan literatur berhubung dengan tajuk yang dibincangkan.

Bab-bab dalam buku ini asalnya ialah kertas kerja yang telah dibentangkan di Seminar Modal Insan 2009 (SEMAI09) yang berlangsung di Kota Bharu pada Mac 2009. Kertas-kertas yang relevan telah dipilih dan disunting agar dapat dipersembahkan dalam bentuk buku.

Tajuk-tajuk dalam buku ini:

BAHAGIAN 1 | PERANAN PENDIDIKAN DALAM MENJANA MODAL INSAN

Pendidikan dan Pembinaan Modal Insan [Mohamad Zahir Zainuddin, Aishah Amirah Zainal Abidin dan Masyitah Nordin]

Mampukah IPT Membentuk Modal Insan Berkualiti? [Asmawati Desa dan Mariyah Ishak]

Pendekatan Bersepadu Untuk Memulihkan Pelajar Sastera Yang Lemah [Nor Azimah Ismail dan Lokman Mohd Fadzil]



BAHAGIAN 2 | KEBERKESANAN PENDIDIKAN DI IPT DALAM MENJANA MODAL INSAN

IPT di Malaysia & Pengeluaran Modal Insan Untuk Pasaran Global [Megat Saidi Megat Ngah, Solehuddin Shuib dan Ismail Ahmad]

Penerapan Nilai Murni: Cabaran Membentuk Modal Insan Cemerlang di IPTS Berasaskan Kemahiran [Ismail Saliyan, Mohd.Haidi Hj.Kasran, Nor Aishah. Abd. Aziz, Salbiah Seliman dan Mohd.Fadhli Md. Diah]

Program Pembangunan Insan: Keberkesanannya Dalam Menjana Modal Insan [Asmawati Desa, Abdullah Sudin, Mumtazah Tumian, dan Rosdi Baharom]

Faktor Kejayaan Kritikal Dalam Melahirkan Graduan Cemerlang Di IPTS, [Abdul Hakim Mohammed, Noraini Eslah dan Ruqaimi Rabbani Abdullah]


BAHAGIAN 3 | PEMBANGUNAN MODAL INSAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Pembangunan Modal Insan Dalam Perspektif Islam: Keseimbangan Antara Originality Dan Kontinuiti [Mohd Akram Dahaman @ Dahlan dan Amani Dahaman @ Dahlan]

Satu Pendekatan Holistik Kepada Pendidikan dan Pembelajaran Peringkat Awal Berasaskan Akidah [Zulaiha Ali Othman, Siti Hilmiyah Mohd Raf’ii, Roslan Ahmad, Umi Nadrah Ali Othman dan Rosdi Baharom]

Sumbangan Modal Manusia Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia [Nur Atiqah Abdullah, Nik Mutasim Hj. Nik Abd. Rahman dan Azizan Ahmad]

Penulisan Motivasi Ruhiyah Untuk Membentuk Remaja Berkualiti [Mumtazah Haji Tumian, Noraini Eslah dan Abdul Hakim Mohammed]
Pemikiran Kritis:Penjana Modal Insan Terbilang [Sakinah Ahmad, Maziahtusima Ishak dan Rezki Perdani Sawai]


Dapatkan buku ini daripada wakil-wakil berhampiran anda:

Wilayah Utara: Mohd Farid Ismail 019 6575 876 usdia2@yahoo.com

Wilayah Tengah:Dr. Asmawati Desa 013 3883 105 asmawatidesa@yahoo.com

Wilayah Timur: Muhd ridha Abdul Ghani 019 220 9672 Semai2009@yahoo.com

Wilayah Selatan & Pahang: Hj Sabaruddin Mohamed Alias 019 930 8111 hajisaba_nsa@yahoo.com

Pengurus-pengurus koperasi adalah dialu-alukan untuk menjadi pengedar. Harga pengedar akan diberikan kepada koperasi yang berminat.

0 Response to "Modal Insan vs Human Capital"

Post a Comment

What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....