Menanti Dengan Sabar

Pagi ni ( 4 Ogos 2009) kami sekeluarga ke Klinik Dr JS skali lagi. Seperti mana yang ditulis dalam buku merah tu, kena buat scan minggu ni. Jadi kami ambil le peluang sebelum balik kampung ni untuk tengok bayi yang dalam perut tu. Ada dua tujuan sebenarnya. Pertama, nak tengok keadaan bayi. Sihat ke, sakit ke... Yang kedua nak tengok jantina dia.Dr. J kata minggu 28 dah boleh tengok jantina dia.

Masa first time buat scan tu, baby kecik lagi. Dalam satu screen dah boleh nampak seluruh badan die. Tapi kali ni dah tak muat. Kene tengok part by part. Macam yang dalam gambar kat atas tu, gambar sebelah kiri tu kepala dia. Tapi tak clear sangat muka dia. Gambar belah kanan tu tangan dia. Dr. J kata berat dah 1.5 kg. Kiranya pembesaran yg normal la. Kalau ikut kiraan Dr. J, tarikh kelahiran tepat dengan jangkaan berdasarkan scan kali ni.

Yang menariknya masa scan tu, mula2 baby tu mengadap belakang. Tak nampak la muka dia. Masa tengah scan tu, kami cakap la nak tengok muka dia, tiba2 dia macam dengar apa kita cakap. Ntah bile dia berpusing tak tau la. Tiba-tiba je dah boleh nampak muka & jantina dia. dan seperti mana jangkaan sebelum ni....

It's a boy

Dr. J pun tulis report kat bawah ni --- Sex: XY
Jadi tak salah la kami beri nama dia Muhammad Al-fateh selama ni. Alhamdulillah..

Sempat jugak ambil gambar video masa scan tu. Tapi tak leh la nak tunjuk kat sini. P& C.
Jumaat ni nak balik kampung. Boleh la tunjuk kat sedara mara.

Hmmm...tak sabar nak tunggu 23 Oktober ni. Moga Muhammad selamat dilahirkan dalam keadaan sihat. Dengan keadaan sekarang ni, takut jugak. Virus bersepah-sepah. Kampus ni pun masih di tutup lagi. Esok lusa baru nak buka semula. Semoga Allah pelihara kita daripada bala bencana ini.