H1N1 oleh B4B1



GEORGETOWN: Kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal ditutup selama seminggu, mulai hari ini selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza atau ILI.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendaftarnya, Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

"Hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti.
"Aktiviti lain akan berjalan seperti biasa," katanya.


Sumber | Berita Harian

Sekalung takziah buat warga USM Kampus Kejuruteraan kerana terpaksa ditutup seminggu akibat virus ini. Mungkin ini langkah terbaik untuk mengelakkan lebih ramai orang terjangkit penyakit ini.

Baru-baru ni saya sekeluarga mengalami selsema & demam. Ketika itu, penyakit B4B1 ni baru je menular di UiTM Pulau Pinang. Tapi di tempat kami belum ada kes lagi. Alhamdulillah, lepas pemeriksaan doktor, cuma demam biasa. Tak ada kaitan dengan penyakit ini.

Apa jua yang berlaku, hakikatnya ia datang daripada Allah jua. Mungkin ini adalah bala & peringatan Allah kepada hamba-hambaNya untuk kembali mengingatiNya. Sebab apa? Sebab.. kita masih di dunia.

Kita patut bersyukur kerana kita masih berada di dunia di mana kita masih lagi diberi peringatan oleh Allah. Jika di akhirat nanti, tiada lagi peringatan. Yang ada, cuma balasan segala perbuatan kita di dunia ini.

Daripada peristiwa ini, barulah kita sedar bahawa betapa kerdil & lemahnya kita sebagai manusia atas muka bumi Allah ini. Allah cuma menghantar makhluknya yang paling kecil sehingga tak dapat dilihat oleh mata manusia. Namun, ia telah menjadikan manusia kelam kabut & kecoh disebabkan makhluk ini. Berapa banyak kos yang perlu ditanggung hanya untuk mengelak penyakit ini agar tidak menular. Itu tidak dikira lagi dengan kematian yang meningkat saban hari.

Sungguh lemah manusia ini. Sehingga kini, belum ada ubat yang mampu dicipta untuk mengubati pesakit yang terkena B4B1 ini.Opss silap....H1N1. Yang ada cuma ubat demam paracetemol yang hanya menurunkan 1 darjah suhu badan dengan satu tablet. Kalau selsema, diberi pula ubat rehat pelemah badan dengan harapan virus yang ada juga lemah aktivitinya serta mengharapkan agar badan kita sendiri yang akan membina antibodi bagi melawan virus tersebut.

Akhir sekali, Allah jua lah yang akan menarik balik penyakit ini & mewujudkan kembali keamanan.

Oleh itu, mari kita kembali pada Allah dalam apa jua ketika & keadaan. Semoga peringatan ini membawa seribu pengertian kepada kita untuk meletakkan Allah pada tempatnya iaitu di hati manusia itu sendiri.


WalLahualam

Islamku Kian Terbakar


Rasa sedih & pilu pabila membaca kisah umat Islam hari ini yang dengan sengaja dibunuh tanpa belas kasihan. Tak habis dengan berita di Palestin, disambung pula dengan peristiwa di Iran, kini terbit pula episod baru pembunuhan Islam di China.


Chinese state media says more than 100 people have been killed and another 800 people injured in rioting in the far western Xinjiang Autonomous Region.

The violence broke out after a protest on Sunday by ethnic Uighurs - Muslims who accuse the Beijing government of a systematic campaign to dilute and destroy their culture.

Al Jazeera's Melissa Chan reports on the protests, which the government blames on overseas agitators.

Source | Al-Jazeera

Troops deployed in Uighur city

Heavily armed security forces have been deployed on the streets in China's western Xinjiang region and a curfew imposed following days of unrest between ethnic groups and police.

Thousands of angry Han Chinese armed with poles, meat cleavers and other makeshift weapons earlier stormed through Urumqi, the Xinjiang capital, on Tuesday as the city descended into chaos.

Groups of Muslim Uighurs also took to the streets.

Security forces fired tear gas at the crowds and ordered the imposition of a curfew until early on Wednesday.

China said on Monday that at least 156 people had been killed after Muslim Uighurs rioted in some of the deadliest ethnic unrest in the country for decades a day earlier.

Uighur groups say China's repressive policies combined with years of mass migration to Xinjiang by Han Chinese, China's largest ethnic group, have stoked ethnic tensions and have sowed the seeds for violence.

Volatile situation

Al Jazeera's correspondent, Melissa Chan, reporting from Urumqi, said that one group of Han Chinese, some armed with sticks, shovels and knives, had tried to break through police lines to reach a Uighur area of the city on Tuesday.

She said some groups of Han Chinese were searching cars looking for anyone they thought to be Uighur.

Some of the Han protesters were singing China's national anthem and pledging to defend their country.

Other reports have quoted Han Chinese vowing to take revenge on Uighurs they blamed for Sunday's unrest.

"They attacked us. Now it's our turn to attack them," one man in the crowd told Reuters.

The European Union called for restraint on all sides in the Xinjiang region.

"The EU expresses its strong concern over the unrest," the bloc's Swedish presidency said in a statement.

"The EU calls for restraint on all sides and for the situation to be resolved peacefully."

'Arbitrary' detentions

Earlier hundreds of ethnic Uighurs, many of them women, clashed with police as they protested against the arrest of relatives in the crackdown that followed Sunday's unrest.

Many waved the identity cards of husbands, brothers or sons they said had been arbitrarily detained.

"My husband was taken away yesterday by police. They didn't say why. They just took him away," one woman who identified herself as Maliya told Reuters.

Several objects were thrown and fighting broke out when Uighur protesters advanced towards lines of anti-riot police carrying clubs and shields.

The latest clashes came as a group of foreign reporters, including Al Jazeera's correspondent, were being taken on a tour of the city to see the aftermath of Sunday's riots.

Chinese police are reported to have arrested more than 1,400 people in a crackdown that Wang Lequan, the head of the Chinese Communist party in Xinjiang, said was intended to quell the unrest, although he warned "this struggle ... against separatism ... is far from over".

According to Chinese state media, Sunday's clashes erupted after a demonstration against the government's handling of an industrial dispute turned violent.

Exiles reject blame

The Chinese government has blamed Uighur exiles for stoking the unrest, singling out Rebiya Kadeer, a Uighur businesswoman who was jailed for years in China before being released into exile in the US where she now heads the World Uighur Congress, for "masterminding" the unrest.

"Rebiya had phone conversations with people in China on July 5 in order to incite, and websites such as Uighurbiz.cn and Diyarim.com were used to orchestrate the incitement and spread of propaganda," said Nur Bekri, the governor of Xinjiang.

Kadeer, a 62-year-old mother of 11, has rejected the accusations, saying from Washington DC that they were "completely false".

"I did not organise any protests or call on the people to demonstrate," she said.

Explaining to reporters that she called her brother in Xinjiang when she learnt of the violence in Urumqi to warn her 40 relatives in the region to stay away from the demonstrations, she said: "A call I made to my brother does not mean I organised the whole event."

Activists say the clashes started when armed police moved in to break up a peaceful demonstration called after two Uighur workers at a toy factory in southern China were killed in a clash with Han Chinese staff late last month.

Kadeer said the protests in Urumqi started peacefully.

"They were not violent as the Chinese government has accused. They were not rioters or separatists," she said.

She did, however, condemn "the violent actions of some of the Uighur demonstrators", saying her organisation supported only peaceful protests.



Kita sedar & kita tahu apa yang berlaku di luar sana. walaupun bukan dari kalangan saudara sedarah sedaging kita, namun mereka juga adalah saudara seislam kita. Mereka layak dipanggil saudara dengan kita kerana mereka adalah islam.

Namun perancangan musuh amat licik. Kita seolah-olah tidak sedar bahawa peristiwa ini adalah masalah ummah & bukanlah masalah terpencil kaum tersebut.

Kita lihat hari ini, apabila berlaku suatu kezaliman keatas umat Islam, seluruh bangsa Kufar bersatu & bersekongkol seboleh mungkin menutup berita tersebut agar umat Islam tidak sedar apa yang berlaku pada saudaranya. Walaupun dalam masa-masa lain kita lihat kufar ini seolah berpuak-puak, namun apabila berhadapan dengan Islam, mereka bersatu.

Begitulah realitinya manusia hari ini yang kehilangan nilai kemanusiaannya. Apabila syaitan berjaya menghasut akal pemikirannya, maka akan lahir idea-idea yang kadang-kadang tak mungkin tercetus daripada pemikiran normal manusia untuk berbuat kejahatan.

Dalam realiti hari ini, apakah kita akan berdiam diri dengan suasana yang ada? Atau kita melihat sahaja seperti yang dilakukan oleh OOO...I...SEE? Atau kita sebukkan diri dengan berita kematian Teoh yang jatuh bangunan?

Dimana kedudukan kita?
Apa yang selayaknya kita digelar? Muslim? Mukmin?

Kemana hilangnya sensitiviti kita dalam memilih sesuatu yang lebih penting...

Mari kita bersama kembalikan maruah Islam yang sedang hanyut diratah oleh musuh-musuhnya. Kita bina diri & keluarga kita agar menjadi sel-sel perubah situasi dunia. Musuh merancang & kita juga perlu merancang dan pastinya perancangan kita perlu lebih baik daripada perancangan mereka.

Ingatlah kata-kata Saidina Ali Karamallah:

" Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang"

dan berpeganglah pada janji Allah bahawa Dia akan membantu orang-orang yang berusaha.

Wallahu alam

Menanti suatu Kelahiran



Ini merupakan foto imbasan Muhammad Al-Fateh. Diambil pada : 14 Mei 2009. Ketika itu Muhammad masih berumur 17 minggu dalam kandungan.

Pagi itu, memang saat yang dinanti-nantikan oleh kami. Perasaan sangat teruja untuk melihat suatu kejadian Allah yang sangat unik & mengagumkan. Apabila mendapat arahan daripada jururawat di Klinik Desa Permatang Tok Mahat, kami seolah tidak sabar menanti hari itu. Yang paling gembira pagi itu tentulah Ummu Muhammad. Sejak hari isnin lagi dia telah mengingatkan saya untuk buat scan. Setiap hari dia menyatakan ketidaksabarannya untuk menanti masa itu.

Seperti biasa, selepas sarapan pagi di kafe baru kami bertolak ke klinik. Alhamdulillah, tak ramai orang pagi tu. Duduk dalam 2,3 minit,kami dipanggil masuk. Apabila pintu dibuka, kelihatan seorang Dr. perempuan sedang tersenyum menerima tetamunya. Kami menyatakan hajat kami datang & Ummu Muhammad diarah berbaring di katil pesakit sementara dia menyediakan peralatan.

Dalam beberapa ketika saja, kelihatan suatu lembaga dalam monitor scanner tersebut. Dr. menggerak-gerakkan alat imbasannya supaya kelihatan lebih jelas. Ternyata kelihatan satu bentuk tubuh kecil sedang bergerak-gerak ibarat berenang dalam satu kawasan yang tertutup rapi. MasyaAllah.....SubhanaAllah..... Tak dapat digambarkan perasaan ketika itu. Sungguh takjub dengan kekuasaan Allah yang menjadikan seorang manusia ketika kita tidak sedar dalam rahim seorang wanita. dalam kesibukan kita dengan urusan seharian, ketika itulah Allah juga menjadikan seorang bayi dalam kandungan ibunya.

Walaupun sebelum ini saya biasa melihat ibu-ibu yang negandungkan bayinya, melihat bayi yang baru lahir,namun apabila melihat bayi sendiri dalam kandungan, barulah saya dapat menghayati kebesaran Allah serta kekuasaanNya menjadikan sesuatu.

Firman Allah dalam Surah Al-Mukminuun:14


Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.


Memang benar dialah Pencipta Yang Paling Baik di alam semesta ini. Tiada suatu makhluk pun yang serupa denganNya. Daripada peristiwa itu, timbul rasa insaf dalam diri ini untuk mengakui kebesaranNya. Kini kami makin tak sabar untuk menunggu detik kelahiran bayi sulung kami. Semoga dengan kelahirannya akan menambah mawaddah & rahmah dalam rumah tangga ini. Dan semoga kelahirannya nanti akan menjadi seorang yang soleh yang menurut perintah Allah & mengambil contoh daripada Rasulnya serta menjadi sehebat namanya...Muhammad Al-Fateh

Mati dalam Maksiat


Warga emas mati atas katil pondan


KUANTAN: Kelu lidah seorang pondan apabila pelanggannya, seorang warga emas pengsan secara tiba-tiba ketika mereka berada dalam bilik sewa sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 78 tahun dari Kubang Buaya ditemui mati di tempat kejadian dengan masih lengkap berpakaian.

Harian Metro difahamkan, mangsa yang baru tiba di bilik sewa berkenaan berbaring di atas katil sambil memegang dadanya sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.

Terkejut dengan keadaan mangsa, pondan berusia 31 tahun berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu menghubungi rakannya meminta bantuan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis dan ambulans.Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit menjalankan pemeriksaan lanjut sebelum mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, polis tidak mengesyaki kematian mangsa akibat perbuatan jenayah berikutan tiada kesan cedera atau lebam pada badan mangsa.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dibedah siasat sebelum doktor mengesahkan punca kematian akibat serangan sakit jantung.

“Jenazah mangsa dituntut keluarganya selepas bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber | Harian Metro


Inilah satu contoh peniktibaran yang perlu kita ambil perhatian. Bila terbaca berita ini, saya tak tahu nak berperasaan macam mana..nak sedih pun ada,nak kesian pun ada, nak gelak pun ada. Tapi bila fikir dua kali, Allah sengaja beri saya peluang untuk baca artikel ni sbb nak beri pengajaran pada saya.

Memang kalau kita baca sekali imbas, ia adalah artikel biasa yang termuat dalam akhbar hari ini. Maksiat berleluasa sehinggakan kita merasakan perkara ini adalah biasa dalam masyarakat kita. Namun, saya nak ajak para pembaca sekalian untuk kita berhenti sejenak untuk sama-sama kita muhasabah.

Ini cuma satu contoh Allah nak tunjuk bagaimana Allah nak beri keaiban pada seseorang akan suatu dosa yang dilakukannya. Ini bukan perkara biasa berlaku. Bukankah umat Muhammad telah diberi keistimewaan bahawa apabila dia melakukan pada malam hari, maka Allah akan menutup aibnya sehingga tidak kelihatan pun pada mukanya pada siang harinya. Itulah kelebihan yang telah diberi pada kita. Namun, apakah ini menunjukkan bahawa Allah tidak sayang pada kita lagi?

Tidak, sama sekali tidak. Semua kejadian yang Allah beri itu ada hikmah disebaliknya. Walaupun keaiban itu tidak berlaku pada kita, tapi ternyata peringatan itu adalah untuk kita. Mari kita merenung apa jua maksiat yang kita lalui sehari-hari. Andai kata Allah ambil nyawa kita ketika kita sedang melakukan maksiat itu, alangkah aibnya kita si mata manusia. Itu tidak dikira lagi dengan azab Allah di akhirat. Sedang di dunia Allah azab kita dengan keaiban, bagaimanakah pula dengan azab kita diakhirat.

Ketika ini saya teringat suatu kisah yang saya pernah baca suatu ketika dahulu. Saya tak berapa ingat secara detail, namun pengajaran & sedikit sebanyak tentang kisah dapatlah saya muatkan disini.

Suatu hari seorang pemuda datang kepada seorang alim dengan katanya, "Tuan, saya telah membunuh 99 orang, kini saya mahu bertaubat, adakah dosa saya ini akan diampunkan oleh Allah?" Jawab orang alim itu tadi, "Teramat besar dosa kamu itu, aku yakin kamu tidak akan diampunkan Allah, pergi kamu dari sini. Aku takut Allah akan menurunkan azab kepada kamu ketika kamu bersamaku & aku akan terkena sekali azab itu." Maka, pemuda yang mahu bertaubat itu berang lalu membunuh si alim itu. Maka genaplah 100 orang telah dibunuhnya.

Dengan perasaan sedih, dia pergi mendapatkan bantuan orang lain. Dia bertemu pula dengan seorang alim yang lain. Dia menceritakan perkara yang sama kepada alim itu. Maka si alim itu berkata kepadanya, jika dia mahu bertaubat, maka hendaklah dia meminta ampun daripada Allah dengan taubat nasuha & berpindahlah ke ke suatu negeri luar dari kota yang didiami mereka.

Maka pemuda itu pun menurut nasihat alim itu. Dengan izin Allah, dalam perjalanan dia utk berpindah ke negeri yang ditunjukkan itu, pemuda itu meninggal dunia. Maka, berebutlah malaikat Raqib & Atid yang kedua-duanya hendak menuliskan amalan pemuda itu.

Kata malaikat Raqib, pemuda ini dalam perjalanan untuk bertaubat, maka layak baginya jika aku menuliskan amalan kebajikan baginya. Malaikat Atid yang menulis amalan buruk pula membantah. Pemuda ini masih belum bertaubat. Maka, layak baginya amalan buruk yang telah diamalkan seumur hidupnya.

Setelah kedua-dua malaikat tak mahu mengalah, maka diadukan masalah itu kepada Allah. Maka, Allah memberi penyelesaian kepada kedua-dua malaikat dengan memerintahkan malaikat supaya mengukur jarak antara tempat asalnya & jarak ke tempat yang hendak dituju. Jika tempat tujuannya lebih pendek, maka masukkan dia ke syurga, tetapi jika tempat asalny lebih pendek, masukkan dia ke neraka.

Maka malaikat pun melaksanakan perintah itu. setelah diukur tempat kematiannya dengan jarak antara kedua tempat itu, ternyata jarak untuk ke negeri yang hendak pemuda itu hijrah adalah lebih pendek. Maka malaikat pun berpuas hati dengan pengadilan Allah itu & pemuda itu dimasukkan ke syurga.

Pengajaran daripada peristiwa ini:

1. Kita hendaklah bertaubat selagi mana ada kuasa untuk berbuat demikian. Jangan tunggu hingga tua baru kita nak taubat.

2. Kalau kita ambil iktibar daripada alim ke 100 yang dibunuh itu tadi, kita tak layak untuk menetukan sama ada dosa manusia lain itu diampunkan oleh Allah ataupun tidak. Apa yang penting bagi kita adalah menunjukkan jalan untuk bertaubat kerana penerimaan itu hanyalah milik Allah.

3. Jika suasana hidup yang kita diami sekarang ini menghalang kita daripada kembali pad Allah, hendaklah kita tinggalkan suasana tersebut, kerana barangkali kita akan kembali kepada maksiat lama ketika kita lemah suatu hari nanti. Sebeb itu, pemuda itu dinasihatkan berpindah ke negeri lain untuk mencari suasana baru agar dia dapat memulakan hidup yang baru disana nanti.

Begitulah juga suasana dalam kehidupan kita. Kita memang tak lepas daripada kesilapan & maksiat. Tetapi hendaklah kita segera bertaubat pada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita & menerima kita sebagai hambanya.

WalLahualam

PeRmaTa YaNg DiCaRi





Buat Seorang Isteri

Isteri....

Dia yang diambil dari tulang rusuk. Jika Tuhan mempersatukan dua orang yang berlawanan sifatnya, maka itu akan menjadi saling melengkapi.

Isteri.....

Dialah penolongmu yang sepadan, bukan teman berlawan yang sepadan. Ketika pertandingan dimulai, dia tidak berhadapan denganmu untuk melawanmu Tetapi dia akan berada bersamamu untuk berjaga-jaga di belakang saat engkau berada di depan atau segera mengembalikan bola ketika bola itu terlepas darimu. Dialah yang akan menutupi kekuranganmu.

Dia ada untuk melengkapi yang tak ada dalam laki-laki : perasaan, emosi, kelemahlembutan, keindahan, kecantikan, rahim untuk melahirkan, mengurusi hal-hal rumahtangga...sedangkan lelaki tidak mengerti hal-hal itu. Dialah yang akan menyelesaikannya...sehingga tanpa kau sedari ketika kau menjalani sisa hidupmu... kau menjadi lebih kuat kerana kehadirannya di sisimu.

Jika ada makhluk yang sangat berlawanan dengan lelaki, itulah perempuan dan dialah isteri.
Jika ada makhluk yang sanggup menakluk hati hanya dengan sebuah senyuman, itulah perempuan dan dialah isteri.

Ia tidak memerlukan pertikaian dari seorang lelaki... tetapi ia perlu pada jaminan rasa aman darinya karena ia ada untuk dilindungi.... tidak hanya secara fizikal tetapi juga emosi.

Ia tidak tertarik kepada fakta-fakta yang tepat dan logik yang boleh disampaikan secara terperinci dari seorang lelaki, tetapi apa yang diperlukan adalah perhatiannya... Kata-kata yang lembut... Ungkapan-ungkapan sayang yang dapat memberikannya ketenangan dan rasa selamat disamping seorang lelaki bergelar suami.

Sedangkan batu yang keras dapat dikikis oleh air yang lembut. Begitu juga dengan sifat suami yang keras boleh terlerai oleh kelembutan isteri. Rumput yang lembut tidak mudah tumbang oleh badai, dibandingkan dengan pohon yang besar dan rendang... sama juga di dalam kelembutannya, di situlah terletak kekuatan dan ketahanan yang membuat ia bertahan dalam apa jua situasi.

Kelembutannnya bukan untuk di pijak. Ia ibarat rumput lembut yang akan dinaungi oleh pohon yang kukuh dan rendang. Jika lelaki memikirkan tentang perasaan wanita, itu hanya menjadi sebahagian kecil dari hidupnya.... Tetapi jika perempuan memikirkan tentang perasaan lelaki......Itu akan meguasai seluruh hidupnya...

Kerana perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Kerana perempuan adalah sebahagian dari lelaki... Apa yang menjadi sebahagian dari hidupnya, akan menjadi sebahagian dari hidupmu. Keluarganya akan menjadi keluarga barumu. Keluargamu pun akan menjadi keluarganya juga. Sekalipun ia jauh dari keluarganya, namun ikatan emosi kepada keluarganya tetap ada kerana ia lahir dan dibesarkan di sana.... karena mereka, ia menjadi seperti sekarang ini.

Perasaannya terhadap keluarganya, akan menjadi sebahagian dari perasaanmu juga... Karena kau dan dia adalah satu.... Dia adalah dirimu yang tak ada sebelumnya.

Ketika pertandingan hendak dimulakan, pastikan dia ada di sisi bersama-sama denganmu.




Buat Seorang Suami

Sekiranya kita cinta kepada manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita,tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.

Ya Allah, andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku adalah keranaMu.

Namun, andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlah kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaNya, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang batas sehingga melupakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.


Credit to | Mahligai Dakwah



Lirik -Permata yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Credit to | LirikNasyid

Modal Insan vs Human Capital


Akademi Penyelidikan HALUAN (APH)
dan
Kolej Tek
nologi Darulnaim (KTD)

telah menerbitkan serbuah buku bertajuk Menjana Modal Insan Cemerlang hasil karangan ahli-ahli akademik Malaysia. Butir tentang buku adalah seperti berikut

Tajuk:
Menjana Modal Insan Cemerlang

Penyunting:
Asmawati Desa, Zulaiha Ali Othman, Rosmila Senik

Terbitan:
Akademi Penyelidikan HALUAN (APH),
Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),
Tinta Image Sdn. Bhd.

Tahun: 2009
Genre: Akademik
Jumlah m/s: 210
ISBN: 978-983-44063-1-8
Harga: RM 20.00

Penulisan buku ini adalah satu usaha ke arah membicarakan pelbagai aspek yang ada hubungan dengan modal insan.. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

1. Peranan pendidikan dalam menjana modal insane.
2. Keberkesanan pendidikan di IPT dalam menjana modal insan.
3. Pembangunan modal insan daripada perspektif Islam.

Terdapat 13 bab merangkumi pelbagai isu berhubung modal insan. Kebanyakan bab adalah berdasarkan kepada kajian di dalam negara yang telah dijalankan oleh penulis masing-masing. Selebihnya adalah berdasarkan kajian perpustakaan atau terhadap tinjauan literatur berhubung dengan tajuk yang dibincangkan.

Bab-bab dalam buku ini asalnya ialah kertas kerja yang telah dibentangkan di Seminar Modal Insan 2009 (SEMAI09) yang berlangsung di Kota Bharu pada Mac 2009. Kertas-kertas yang relevan telah dipilih dan disunting agar dapat dipersembahkan dalam bentuk buku.

Tajuk-tajuk dalam buku ini:

BAHAGIAN 1 | PERANAN PENDIDIKAN DALAM MENJANA MODAL INSAN

Pendidikan dan Pembinaan Modal Insan [Mohamad Zahir Zainuddin, Aishah Amirah Zainal Abidin dan Masyitah Nordin]

Mampukah IPT Membentuk Modal Insan Berkualiti? [Asmawati Desa dan Mariyah Ishak]

Pendekatan Bersepadu Untuk Memulihkan Pelajar Sastera Yang Lemah [Nor Azimah Ismail dan Lokman Mohd Fadzil]



BAHAGIAN 2 | KEBERKESANAN PENDIDIKAN DI IPT DALAM MENJANA MODAL INSAN

IPT di Malaysia & Pengeluaran Modal Insan Untuk Pasaran Global [Megat Saidi Megat Ngah, Solehuddin Shuib dan Ismail Ahmad]

Penerapan Nilai Murni: Cabaran Membentuk Modal Insan Cemerlang di IPTS Berasaskan Kemahiran [Ismail Saliyan, Mohd.Haidi Hj.Kasran, Nor Aishah. Abd. Aziz, Salbiah Seliman dan Mohd.Fadhli Md. Diah]

Program Pembangunan Insan: Keberkesanannya Dalam Menjana Modal Insan [Asmawati Desa, Abdullah Sudin, Mumtazah Tumian, dan Rosdi Baharom]

Faktor Kejayaan Kritikal Dalam Melahirkan Graduan Cemerlang Di IPTS, [Abdul Hakim Mohammed, Noraini Eslah dan Ruqaimi Rabbani Abdullah]


BAHAGIAN 3 | PEMBANGUNAN MODAL INSAN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

Pembangunan Modal Insan Dalam Perspektif Islam: Keseimbangan Antara Originality Dan Kontinuiti [Mohd Akram Dahaman @ Dahlan dan Amani Dahaman @ Dahlan]

Satu Pendekatan Holistik Kepada Pendidikan dan Pembelajaran Peringkat Awal Berasaskan Akidah [Zulaiha Ali Othman, Siti Hilmiyah Mohd Raf’ii, Roslan Ahmad, Umi Nadrah Ali Othman dan Rosdi Baharom]

Sumbangan Modal Manusia Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Malaysia [Nur Atiqah Abdullah, Nik Mutasim Hj. Nik Abd. Rahman dan Azizan Ahmad]

Penulisan Motivasi Ruhiyah Untuk Membentuk Remaja Berkualiti [Mumtazah Haji Tumian, Noraini Eslah dan Abdul Hakim Mohammed]
Pemikiran Kritis:Penjana Modal Insan Terbilang [Sakinah Ahmad, Maziahtusima Ishak dan Rezki Perdani Sawai]


Dapatkan buku ini daripada wakil-wakil berhampiran anda:

Wilayah Utara: Mohd Farid Ismail 019 6575 876 usdia2@yahoo.com

Wilayah Tengah:Dr. Asmawati Desa 013 3883 105 asmawatidesa@yahoo.com

Wilayah Timur: Muhd ridha Abdul Ghani 019 220 9672 Semai2009@yahoo.com

Wilayah Selatan & Pahang: Hj Sabaruddin Mohamed Alias 019 930 8111 hajisaba_nsa@yahoo.com

Pengurus-pengurus koperasi adalah dialu-alukan untuk menjadi pengedar. Harga pengedar akan diberikan kepada koperasi yang berminat.

Ok...I'm Tagged

Usually I will just delete any "Tagged" email. Even though it says that I must respond
or else the sender may think I'm not their friend. I truly believe that our friendship does not require any declaration or network on the Internet because we believe in Ukhwwah FiLlah.. friendship only for the sake of Allah.. Apart from that, I'm just avoiding any social networks such as Facebook, Tagged or as such. There are many more... I'm only a member of Pewaris.net, insyaALLAH a social network that I feel hmmm safe I suppose waAllahualam..

The rule is....

1. copy the picture below, and paste it on your post.
(or.. copy the whole post if you want - up to you... the most important thing is that the message is spread
insyaALLAH)






2. Tag your friends and ask them to do the same.


My Sahabat Ridha Rafhan
, Izzat Ibrahim , Salam , Ammar Amran

My brother Along

That's all.....

Wassalam