Pembebasan
DSA daripada tuduhan pada hari semalam banyak memberi impak pada
politik Malaysia. Ramai yang terkejut & ada yang tak terkejut pun.
Sebab politik ini adalah suatu yang sukar diramal. Pandangan peribadi
saya sendiri, apa pun yang berlaku di dada akhbar adalah mainan politik
saja. Saya akan memerhati dan menilai sendiri mana yang patut saya
percaya, mana yang tidak.
Komen daripada Datuk Seri Rais Yatim menarik perhatian saya sebaik saja pengumuman DSA dibebaskan.
Keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Terdetik
dalam hati saya, adakah kalau DSA didapati bersalah, maka memang ada
campurtangan politik & badan kehakiman tidak boleh dipercaya? Atau
adakah apa-apa keputusan pun, memang ada campurtangan politik?
Saya
lebih cenderung memegang bahawa apa saja yang berlaku di peringkat
nasional hanyalah sandiwara politik negara. Tidak saya percaya sekelumit
pun bahawa keadilan di mahkamah Malaysia ni ada keadilan dalam kes-kes
seperti ini. Saya yakin bahawa keadilan itu hanyalah milik Allah,
manusai hanya berusaha mencapainya.
Kemudian saya terbaca post blog dibawah.
Permainan
sumpah yang dibuat sauatu ketika dahulu tu apa pula kisahnya? adakah ia
hanya lakonan? Kalau tak silap, ramai pak2 pengeluar fatwa mengatakan
bahawa sumpah tu benar, sah & asli serta disukai ramai. Sekarang ni
apa pula ya? Rasa2 ada yang nak tukar statement lain? Marilah "kita"
sama2 keluarkan fatwa pula bahawa orang yang bersumpah tu tidak dilaknat
Allah.
Taknak komen panjang2. Bak kata Nabil,
Lu orang ada mata lu pandang, lu orang ada telinga lu dengar, lu orang
ada otak, lu pikirla sendiri.
Post a Comment
What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....