Satelit ku sayang

6.30.2009 4:07 PM by MoFis
MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini
Jun 22, 09 - Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome (Kazakhstan) pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia hari ini.Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin.




MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan Ogos tahun lalu tetapi kemalangan kren telah merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dihantar kembali ke Dulles untuk dibaiki.


Satelit MEASAT-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara, lapor Bernama.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengetuai kumpulan 50 anggota untuk menyaksikan pelancaran satelit keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd, menggantikan MEASAT 1 dan 2 yang dijadualkan selesai memberikan perkhidmatan pada 2015.

Satelit itu akan mula beroperasi pada Julai. MAESAT 3 dilancarkan pada 2006.

Rais berkata beliau sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan pelancaran satelit berkenaan memandangkan ia akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam perniagaan satelit antarabangsa serta penyiaran.


Peluang seumur hidup

"Ia juga akan meletakkan satu asas bagi rakyat Malaysia sendiri untuk mereka bentuk, mewujudkan dan mengeluarkan satelit mereka sendiri di masa depan dan tidak bergantung kepada pihak lain, satu langkah yang boleh dianggap sebagai suatu yang menggalakkan untuk industri kreatif Malaysia," kata beliau selepas menyaksikan pelancaran MEASAT-3a seberat 2,366 kilogram.

Pelancaran itu disiarkan secara langsung di Awani, saluran 501 Astro.

Antara yang menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

Rais berkata ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan pelancaran satelit.

Pelancaran MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dlupakan bagi 14 pelajar cemerlang dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom.

Bagi mereka, ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup.

Lima pelajar Malaysia yang diberi peluang menyaksikan sendiri pelancaran itu ialah Ahmad Ruiz Mohd Asri dari Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur; Edmund Chen Min Lau dari Kuching, Sarawak; Lina Na'ilah Abdul Talip dari Kajang; Chandra Sekhar Kuppusamy dari Johor Baharu, dan Cliff Asher R. Ongil dari Beaufort, Sabah.

Mereka menganggap peluang sedemikan sebagai impian yang menjadi kenyataan.



Sumber | malaysiakini

Rasanya masih belum telewat saya nak ucapkan "Tahniah" buat Measat Satellite Systems Sdn Bhd kerana telah berjaya melancarkan satelit terbaru Malaysia ini. Satu lagi kejayaan Malaysia yang bakal memberi impak kepada pembangunan telekomunikasi negara. Pastinya dengan pelancaran satelit ini akan memberi keselesaan kepada pengguna Astro di Malaysia & tertingkatnya kecekapan pada saluran tv astro.

Namun, adakah kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dengan pelancaran satelit ini? Suatu yang patut kita fikir & hayati bersama. Mari kita semak semual artikel di atas...

....MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan .......
Satelit ini telah dibina oleh sebuah syarikat di Amerika. Kalau tgk pada nama syrikat tu saja, tak ada sikit pun menampakkan milik rakyat Malaysia. Ada kemungkinan ke satelit itu dibina oleh rakyat Malaysia yang bekerja kat syarikat tu? Atau Orbital Science tu sekadar nama je, yang bekerja semua orang-orang Malaysia? Hehe...sindri pikir la no..

Apa yang saya nak ajak rakan-rakan berfikir adalah sejauh mana perkembangan pembangunan satelit di Malaysia ni sejajar dengan 'investment' yang telah diperuntukkan.

KUALA LUMPUR Aug 7 - Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad on Thursday named the country's second national microsatellite as "RazakSat" in honour of the late Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia's second prime minister......
.....RazakSat is scheduled to be launched into orbit in August next year.......
Utusan Malaysia 08.08.2003

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Malaysia akan menghantar dua atau tiga orang bakal angkasawan untuk menjalani latihan di Rusia bagi mengikuti....
.....Program pembangunan sistem satelit itu bermula secara rasmi pada tahun 2000 dengan seramai 16 jurutera ATSB dihantar ke Korea Selatan untuk bekerja bersama rakan teknologi mereka......
Utusan Malaysia 08.08.2003

TEMERLOH 12 Ogos - Pusat Remote Sensing Negara (Macres) Temerloh yang berharga RM80 juta akan menjadi salah satu stesen bumi untuk menerima data pelbagai guna daripada satelit buatan pertama negara, Razaksat yang bakal dilancarkan pada 2005.
Utusan Malaysia 13.08.2003

LANGKAWI Oct 4 - Malaysia's satellite manufacturer, Astronautics Technology Sdn Bhd (ATSB), will begin...
.....Asked on the timetable for launching RazakSat, which was named after Malaysia's third prime minister Tun Abdul Razak, Ahmad Sabirin said that it could be probably done in the first quarter of 2005......
Utusan Malaysia 05.10.2003

JOHOR BAHRU Feb 17 - The country's second microsatellite "RazakSAT" has successfully completed the "Flight Model-Manufacturing Readiness Review (FM-MRR) in Daejeon, South Korea last week.
Managing Director of Astronautic Technology (M'sia) Sdn Bhd (ATSB), Dr Ahmad Sabirin Arshad said the success of the FM-MRR process meant that RazakSAT could now enter the final phase which is the construction of the flight model to be launched into outer space....
Utusan Malaysia 18.02.2004

KUALA LUMPUR 5 Mac - Masalah penerokaan hutan secara berleluasa bakal ditangani secara menyeluruh dan berkesan dengan pelancaran satelit keempat negara, RazakSAT. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (NSA), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, satelit RazakSAT yang akan dilancarkan di Pulau Kwajeilin, kepulauan Micronesia, Lautan Pasifik selewat-lewatnya awal tahun depan itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 kilometer dari angkasa.....
Utusan Malaysia 06.03.2005

SHAH ALAM 4 Mei - Pembinaan mikrosatelit buatan Malaysia yang kedua, RazakSAT kini siap sepenuhnya dan bersedia untuk dilancarkan ke orbit pada bila-bila masa.
Utusan Malaysia 05.05.2006

MEASAT-3 atau Satelit Asia Timur Malaysia ketiga akhirnya menyertai ribuan satelit di orbit. Berada pada ketinggian 35,786 kilometer (km) dari bumi, Measat-3 yang dilancarkan pada 12 Disember lalu di Baikonur Cosmodrome dijadualkan berfungsi pada Februari depan dan akan berada di orbit selama 15 tahun. Measat-3 yang nilai pelaburannya RM1 bilion akan mengambil alih peranan Measat-1 dan Measat-2 yang masing-masing mempunyai jangka hayat 12 tahun selepas dilancarkan pada tahun 1996. Bagi Malaysia sendiri, ini adalah satelit keempat dilancarkan selepas TiungSAT-1, Measat-1 dan Measat-2. Menyusul tahun depan ialah RazakSAT. Kehadiran TiungSAT dan RazakSAT juga membuktikan Malaysia tidak ketinggalan
Utusan Malaysia 24.12.2006

KUALA LUMPUR 26 Mac – Satelit pencerapan bumi kedua negara, RazakSAT, dijangka dilancarkan Disember tahun ini, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ruddin Ab. Ghani.
Utusan Malaysia 27.03.2007

....Selepas kejayaan TiungSAT-1 itu juga, ATSB kini sedang menghitung hari untuk melancarkan satelit kedua mereka pula iaitu RazakSAT yang dibina sejak 2000 yang dijangkakan pelancarannya tahun depan......
Utusan Malaysia 10.10.2007

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pelancaran RazakSat, satelit mikroorbit rendah kedua Malaysia, yang dijadualkan penghujung tahun ini dari Kwajalein di Kepulauan Marshall di Pasifik, ditangguhkan ke tahun depan.
Utusan Malaysia 12.11.2007

.....Bagi Malaysia satu daripada satelit yang bakal dilancarkan September ini ialah RazakSat yang dikelaskan dalam satelit mikro dan ini merupakan satu kejayaan bagi Angkasa dan ATSB yang membangunkan projek tersebut......
Utusan Malaysia 17.04.2008

....Mustafa berkata, satelit berkenaan dijadual dilancarkan pada bulan kemerdekaan iaitu antara 31 Ogos hingga 16 September ini.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kos keseluruhan projek tersebut.....
Utusan Malaysia 19.06.2008

.....Setakat ini, Malaysia telah pun melancarkan satelit TiungSAT dan merancang untuk melancarkan satelit kedua RazakSAT pada akhir tahun ini.......
Utusan Malaysia 21.08.2008


SHAH ALAM 12 Mac – Satelit RazakSat yang sebelum ini ditangguhkan beberapa kali akan dilancarkan dari Bucholz Army Airfield, Kwajalein Island berhampiran Guam dalam wilayah Amerika Syarikat (AS) pada 21 April ini.
Utusan Malaysia 12.03.2009

PUTRAJAYA 17 April — Pelancaran satelit RazakSAT yang dijadualkan Selasa depan di Kwajalein Atoll, Republik Kepulauan Marshall ditangguhkan berikutan masalah teknikal pada kenderaan pelancarnya, Falcon 1.
Utusan Malaysia 17.04.2009

KUALA LUMPUR 15 Mei - Satelit kedua negara, RazakSat dijadual dilancarkan pada pertengahan Julai ini, selepas syarikat pengendali pesawat penghantarannya berjaya membaiki sistem anti-gegaran pada pelancar dan roket tersebut.
Utusan Malaysia 16.05.2009

Hawthorne, California – June 1, 2009 – Space Exploration Technologies (SpaceX) and Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) of Malaysia announce a new launch window has been set for Falcon 1 Flight 5, carrying the RazakSAT satellite to orbit. The launch window opens Monday, July 13th and extends through Tuesday, July 14th, with a daily window to open at 4:00 p.m. (PDT) / 7:00 p.m. (EDT).
www.atsb.my

Sekadar maklumat umum yang saya ambil dari Utusan Malaysia. Kita lihat betapa lama masa yang diambil oleh syarikat lantikan kerajaan tersebut untuk hanya membina beberapa sub-sistem RazakSat tersebut. Walaupun ATSB 'claim' bahawa satelit itu adalah buatan anaka tempatan, namum yang jelas bahawa satelit itu dibina di korea. Hanya beberapa bahagian kecil sahaja yang dibina oleh anak tempatan. itupun ambil masa ntah berapa tahun. Ini bukan cakap kosong,malah saya sendiri pernah melawat pembinaan satelit ini pada 2007 di Shah Alam & pusat kawalam misi di Banting.

Ketika itu, mereka mengatakan satelit itu telah masuk ke fasa akhir & menunggu mas untuk dihantar ke Banting untuk proses akhir & 'calibration'. Satu perkara menarik ketika saya membuat lawatan ke pusat kawalan misi di Banting. Ketika lawatan ke bilik bersih yang ketika itu RazakSat masih belum sampai, saya bertanya satu soalan kepada pegawai penyelidik disitu.

"Apa yang cik buat sekarang ni? Bilik ni masih kosong, yang ada cuma satu alat 'calibration'." Jawab dia," Ooo...kami....kami...buat apa yang boleh dulu. Kami belajar cara nak gunakan mesin tu. Nanti, satelit dah sampai senang la kami nak buat. Terus guna je."

Hmm...tu la jawapannya. Rasa macam nak gelak & muntah dengar jawapan tu. Dia ingt kita ni budak skolah rendah boleh tipu macam tu je. Takkan kami ni tak boleh pikir. Sekadar pengetahuan saya yang cetek ni, saya rasa saya tahu apa kita akan dapat kalau kita beli sesebuah mesin dr mana2 syarikat. Biasanya, mesin yang dibeli akan disekalikan pakej 'instalment' & 'training' untuk staf yang akan menggunakan mesin tu. Tak perlu la nak hafal manual ke atau buat-buat sibuk study pasal mesin tu. Hai...manusia....

Penat rasanya datang lawatan tu,macm tak dapat apa2 pun. Tak pe la, at least diorang bg makan tghr free lepas lawatan tu.

Apa yang menjadi masalah utama kita di Malaysia ni adalah perancangan pembangunan kita masih di kuasai oleh golongan politik. Mereka boleh buat apa saja keputusan ikut kehendak mereka. Seolah-olah tak ada 'blueprint' untuk masa depan aeroangkasa kat negara kita ni. Cerdik pandai & pakar2 bidang aeroangkasa tak dimanfaatkan. Hala tuju ntah apa2. Yang difikirkan adalah komisen hasil pembeliaan barang2 dr luar tu. Bila dah dapat tu, peduli ala ape nak jadi. Tak cukup barang, kita beli lagi. Malaysia kan 'kaya'. Kalau agak2 tak cukup duit, kita naikkan harga minyak, naikkan tol. Pastu kita bagi keuntungan sesama kita. Peduli apa masalah rakyat. Yang penting kita kenyang, anak cucu kita senang. Tak gitu YB?

Entahlah...nak cakap banyak2 loya pulak rasanya. Kita sama2 la fikir sendiri. Tapi jangan fikir lama2. nanti makin kenyang mereka2 tu. duit rakyat makin banyak la disalah gunakan. Kita juga yang rugi.

That all for now. Maaf terkasar bahasa ye YB...kalau YB makan cili, rasa la pedasnye...
Saya cuma bagi pendapat...

Assalamualaikum....


0 Response to "Satelit ku sayang"

Post a Comment

What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....