H1N1 oleh B4B1

7.29.2009 2:07 PM by MoFis


GEORGETOWN: Kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal ditutup selama seminggu, mulai hari ini selepas 20 pelajarnya dikesan dijangkiti penyakit seperti influenza atau ILI.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendaftarnya, Mohamad Abdullah menerusi satu kenyataan media di sini, sebentar tadi.

"Hanya aktiviti akademik serta kuliah ditangguhkan dan ia akan dijadualkan semula nanti.
"Aktiviti lain akan berjalan seperti biasa," katanya.


Sumber | Berita Harian

Sekalung takziah buat warga USM Kampus Kejuruteraan kerana terpaksa ditutup seminggu akibat virus ini. Mungkin ini langkah terbaik untuk mengelakkan lebih ramai orang terjangkit penyakit ini.

Baru-baru ni saya sekeluarga mengalami selsema & demam. Ketika itu, penyakit B4B1 ni baru je menular di UiTM Pulau Pinang. Tapi di tempat kami belum ada kes lagi. Alhamdulillah, lepas pemeriksaan doktor, cuma demam biasa. Tak ada kaitan dengan penyakit ini.

Apa jua yang berlaku, hakikatnya ia datang daripada Allah jua. Mungkin ini adalah bala & peringatan Allah kepada hamba-hambaNya untuk kembali mengingatiNya. Sebab apa? Sebab.. kita masih di dunia.

Kita patut bersyukur kerana kita masih berada di dunia di mana kita masih lagi diberi peringatan oleh Allah. Jika di akhirat nanti, tiada lagi peringatan. Yang ada, cuma balasan segala perbuatan kita di dunia ini.

Daripada peristiwa ini, barulah kita sedar bahawa betapa kerdil & lemahnya kita sebagai manusia atas muka bumi Allah ini. Allah cuma menghantar makhluknya yang paling kecil sehingga tak dapat dilihat oleh mata manusia. Namun, ia telah menjadikan manusia kelam kabut & kecoh disebabkan makhluk ini. Berapa banyak kos yang perlu ditanggung hanya untuk mengelak penyakit ini agar tidak menular. Itu tidak dikira lagi dengan kematian yang meningkat saban hari.

Sungguh lemah manusia ini. Sehingga kini, belum ada ubat yang mampu dicipta untuk mengubati pesakit yang terkena B4B1 ini.Opss silap....H1N1. Yang ada cuma ubat demam paracetemol yang hanya menurunkan 1 darjah suhu badan dengan satu tablet. Kalau selsema, diberi pula ubat rehat pelemah badan dengan harapan virus yang ada juga lemah aktivitinya serta mengharapkan agar badan kita sendiri yang akan membina antibodi bagi melawan virus tersebut.

Akhir sekali, Allah jua lah yang akan menarik balik penyakit ini & mewujudkan kembali keamanan.

Oleh itu, mari kita kembali pada Allah dalam apa jua ketika & keadaan. Semoga peringatan ini membawa seribu pengertian kepada kita untuk meletakkan Allah pada tempatnya iaitu di hati manusia itu sendiri.


WalLahualam

0 Response to "H1N1 oleh B4B1"

Post a Comment

What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....