Benarlah sabda Rasul s.a.w
عَنْ أَنَس بْن مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُرْفَعَ الْعِلْمُ وَيَثْبُتَ الْجَهْلُ وَيُشْرَبَ الْخَمْرُ وَيَظْهَرَ الزِّنَا
Daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Di antara tanda-tanda kiamat adalah; diangkat ilmu dan nyata kejahilan, orang ramai meminum arak (secara berleluasa) dan zina yang nyata (berlaku secara terang-terangan). [Riwayat Bukhari & Muslim]
Petikan daripada Harian Metro, Selasa, 19 April 2011
MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’Ahli akademik sibuk mesyuarat & membincangkan bagaimana untuk memperbaiki dan mempertingkatkan apa yang disebut sebagai Kemahiran Insaniah (KI). KI yang dikatakan termasuklah kemampuan pelajar mengawal diri daripada melakukan aktiviti tidak bermoral.
Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.
Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.
“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.MELAKA: Beberapa pengusaha pusat hiburan di negeri ini didapati bertindak melampau bagi menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’
Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.
Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.
“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya, di sini, semalam.
“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.
Persoalannya, adakah usaha ini mendapat sokongan masyarakat? atau adakah ahli akademik yang cerdik pandai ni hanya syok sendiri, bincang macam-macam, keluar pelbagai idea dan teori, tetapi implimentasi tak dapat dipastikan...hmmmm.
Pandangan peribadi saya, pendidikan bukan sahaja memberi nasihat atau tunjuk ajar yang baik, tetapi perlu diselarikan dengan kekangan daripada melakukan perkara yang tidak baik. Andai kata hanya perkara yang baik sahaja ditunjukkan, maka pelajar masih lagi berpeluang melakukan perkara tidak baik kerana tidak dibendung.
Bagaimana mungkin pelajar hendak dibendung sebilang masa oleh pengajar? Pastinya ada sumbangan daripada masyarakat. Masyarakat yang bersikap tidak peduli menyebabkan semua usaha dalam bilik darjah hanya sia-sia sahaja. Pelajaran hanya jadi teori & maklulmat untuk menjawab peperiksaan dan bukan untuk dipraktikkan. Maka segala pelaburan jutaan ringgit akan jadi sia-sia.
Mari kita sama-sama fikirkan apa sumbangan kita sebagai ahli masyarakat untuk membina ketamadunan dan kebaikan generasi kita akan datang.....
Wassalam
Post a Comment
What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....