Minggu ni sarat di sana sini cerita pasal pilihanraya kampus. Para mahasiswa seluruh negara sedang bertungkus lumus berusaha untuk meraih undi bagi memenangkan calon masing-masing. Sampaikan ada yang terlupa mereka tu masih mahasiswa. Sibuk kempen sana sini, assignment tak siap. Ponteng kelas pon ade.
Dalam pada kesibukan pelajar-pelajar ini berkempen & berpidato, saya merasakan ada sesuatu yang tidak sedap otak saya memikirkannya.
Bercerita pasal pilihanraya, teringat zaman blajar di menara ilmu dulu. Hampir-hampir pernah jadi calon wakil fakulti la kiranya. Namun, kerana rasakan diri belum cukup kebal lagi, maka saya tolak untuk jadi calon. Biar mereka yang lebih berkaliber jadi calon & memegang jawatan tu.
Situasi yang tidak enak saya rasakan sejak dulu masih berlanjutan hingga ke hari ini. Malah hari ini lebih teruk lagi; mungkin.
Pilihanraya kampus bererti satu peluang yang diberikan kepada mahasiswa sekalian untuk belajar amalan demokrasi bukannya 'depa mau krusi'. Tetapi apa yang telah ,sedang & bakal berlaku adalh tidak sama seperti diharapkan dulu.
Pilihan raya kampus dicemari dengan insiden-insiden provokasi, sabotaj, pergaduhan dan macam-macam lagi.
Puncanya?
Parti-parti politik seluruh Malaysia campur tangan. He...he...he... (statement provoke)
Saya rasa semua sedia maklum bahawa pilihanraya kampus di Malaysia ini telah dijadikan oleh parti2 politik di Malaysia sebagai pilihanraya percubaan. Hasilnya nanti akan menunjukkan trend politik negara masa akan datang kerana para pengundi di kampus ini akan menjadi pengundi PRU beberapa tahun lagi. Oleh itu, dengan kemenangan di kampus, maka peluang utk menang PRU juga agak cerah.
Para parti politik mengeluarkan modal yang besar utk memenangkan calon2 mereka. Keadaan hampir sama dengan PRU.
Bagi saya, pilihan raya kampus, PRK adlah satu medan utk mahasiswa belajar politik, meyakinkan orang dgn percakapan, berpidato, mengeluarkan manifesto, meraih undi dsb. Juga mendidik calon2 untuk beri yang terbaik sepanjang kariernya sebagai pelajar dengan akhlak yang baik.
Tetapi, ada kalanya bukan ini yang dipelajari. mahasiswa disibukkan dengan amalan tuduh menuduh, provokasi, sabotaj dan pelbagai element yang kita anggap sebagai mencemarkan kesucian PRK.
Akhirnya PRK menjadi medan mendidik generasi baru yang hanya tahu nak bergaduh berbanding banyak nilai2 positif lain yang boleh dikutip sepanjang pengajian di kampus.
Seruan saya buat semua pelajar semua mahasiswa semak semula matlamat diri berada di kampus agar tidak tersasar daripada matlamat utama kita lahir ke dunia & bertemu kembali dengan Allah diakhirat kelak.
Wassalam
Post a Comment
What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....