Makmal Tenkik Ujikaji = Technique Laboratory Experiment?
Sekali tengok nampak macam kelakar....bak kata geng2 anti MLM kelala ar....
Tapi kita sebagai orang yang Allah beri akal, pasti boleh menilai apakah suatu yang kita boleh interpretasikan daripada gambar diatas.
Gambar diatas saya ambil di suatu tempat yang familiar bagi saya. Apabila saya renung bebrapa kali, membuatkan saya terfikir sesuatu untuk dinilai.
Tiap hari kita pergi kerja dan balik kerja. Pergi dalam keadaan dimana kita hendak bekerja untuk mencari rezeki untuk keluarga kita. Tetapi, apakah yang kita buat sehinggakan kesilapan yang teramat jelas seperti gambar diatas boleh berlaku. Hati saya berbisik beberapa kali.
Adakah kesilapan ini berlaku disebabkan kecuaian atau kerendahan IQ orang yang membuatnya?
Adakah silap orang yang menempah papan tanda ini di kedai atau silap pekerja kedai papan tanda yang tak tahu mengeja?
Dimana silapnya??
Apapun silapnya, atau siapa pun yang membuat silap bagi saya itu kurang penting. Apa yang saya nak perkatakan adalah integriti kita apabila bekerja. Jika setiap daripada kita bekerja dengan integriti yan tinggi, pastinya kesilapan sedemikian rupa tidak akan berlaku. Jika semua orang bekerja dengan tekun & berhati-hati, pastinya kecuaian ini tidak berlaku.
Baru-baru ini saya mengikuti sat kursus. Penekanan utama dalam kursus ini adalah integriti. Bagi saya, penekanan integriti terhadap pekerja adalah sangat penting. Langkah kerajaan Malaysia kebelakangan ini yang menekankan integriti serta mencegah perbuatan rasuah sangat saya hargai. Iklan kartun dalam televisyen juga mengajak semua rakyat Malaysia untuk mengutamakan integriti.
Tapi, fahamkah kita apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan integriti? Pernah seorang sahabat memberi pendapatnya tentang integriti. Setelah difikirkan, mungkin ada betulnya.
Katanya, integriti tu hampir sama seperti ihsan iaitu kita merasakan bahawa kita dapat melihat Allah atau setidaknya pun, kita merasakan Allah sentiasa melihat kita.
Ada benarnya. Jika kita merasakan Allah sentiasa bersama kita, pastinya kita akan melakukan suatu kerja dengan bersungguh-sungguh. Kerana apabila Allah menjadi saksi terhadap perbuatan kita, pasti akan ada pembalasan di akhirat nanti. Jika bersungguh, telus & benar, maka pahala kebajikanlah bagi kita. Namun, jika sebaliknya, paham-paham sendirilah.
Oleh itu wahai saudaraku, sama-samalah kita perbaiki diri kita agar kita dapat rasakan bahawa Allah sentiasa melihat kita.
Wallahualam
MFI
Post a Comment
What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....