Satelit ku sayang

MEASAT-3A berjaya dilancarkan pagi ini
Jun 22, 09 - Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome (Kazakhstan) pada jam 5.50 pagi waktu Malaysia hari ini.Ia dilancarkan dalam keadaan cuaca dingin dan berangin.




MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan Ogos tahun lalu tetapi kemalangan kren telah merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dihantar kembali ke Dulles untuk dibaiki.


Satelit MEASAT-3a bernilai AS$165 juta itu akan meningkatkan kapasiti satelit syarikat dengan ketara, lapor Bernama.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengetuai kumpulan 50 anggota untuk menyaksikan pelancaran satelit keempat milik Measat Satellite Systems Sdn Bhd, menggantikan MEASAT 1 dan 2 yang dijadualkan selesai memberikan perkhidmatan pada 2015.

Satelit itu akan mula beroperasi pada Julai. MAESAT 3 dilancarkan pada 2006.

Rais berkata beliau sangat gembira dan berbangga dengan kejayaan pelancaran satelit berkenaan memandangkan ia akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam perniagaan satelit antarabangsa serta penyiaran.


Peluang seumur hidup

"Ia juga akan meletakkan satu asas bagi rakyat Malaysia sendiri untuk mereka bentuk, mewujudkan dan mengeluarkan satelit mereka sendiri di masa depan dan tidak bergantung kepada pihak lain, satu langkah yang boleh dianggap sebagai suatu yang menggalakkan untuk industri kreatif Malaysia," kata beliau selepas menyaksikan pelancaran MEASAT-3a seberat 2,366 kilogram.

Pelancaran itu disiarkan secara langsung di Awani, saluran 501 Astro.

Antara yang menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) Datuk Zamzamzairani Mohd Isa.

Rais berkata ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan pelancaran satelit.

Pelancaran MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dlupakan bagi 14 pelajar cemerlang dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom.

Bagi mereka, ia merupakan peluang sekali dalam seumur hidup.

Lima pelajar Malaysia yang diberi peluang menyaksikan sendiri pelancaran itu ialah Ahmad Ruiz Mohd Asri dari Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur; Edmund Chen Min Lau dari Kuching, Sarawak; Lina Na'ilah Abdul Talip dari Kajang; Chandra Sekhar Kuppusamy dari Johor Baharu, dan Cliff Asher R. Ongil dari Beaufort, Sabah.

Mereka menganggap peluang sedemikan sebagai impian yang menjadi kenyataan.



Sumber | malaysiakini

Rasanya masih belum telewat saya nak ucapkan "Tahniah" buat Measat Satellite Systems Sdn Bhd kerana telah berjaya melancarkan satelit terbaru Malaysia ini. Satu lagi kejayaan Malaysia yang bakal memberi impak kepada pembangunan telekomunikasi negara. Pastinya dengan pelancaran satelit ini akan memberi keselesaan kepada pengguna Astro di Malaysia & tertingkatnya kecekapan pada saluran tv astro.

Namun, adakah kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga dengan pelancaran satelit ini? Suatu yang patut kita fikir & hayati bersama. Mari kita semak semual artikel di atas...

....MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan .......
Satelit ini telah dibina oleh sebuah syarikat di Amerika. Kalau tgk pada nama syrikat tu saja, tak ada sikit pun menampakkan milik rakyat Malaysia. Ada kemungkinan ke satelit itu dibina oleh rakyat Malaysia yang bekerja kat syarikat tu? Atau Orbital Science tu sekadar nama je, yang bekerja semua orang-orang Malaysia? Hehe...sindri pikir la no..

Apa yang saya nak ajak rakan-rakan berfikir adalah sejauh mana perkembangan pembangunan satelit di Malaysia ni sejajar dengan 'investment' yang telah diperuntukkan.

KUALA LUMPUR Aug 7 - Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad on Thursday named the country's second national microsatellite as "RazakSat" in honour of the late Tun Abdul Razak Hussein, Malaysia's second prime minister......
.....RazakSat is scheduled to be launched into orbit in August next year.......
Utusan Malaysia 08.08.2003

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Malaysia akan menghantar dua atau tiga orang bakal angkasawan untuk menjalani latihan di Rusia bagi mengikuti....
.....Program pembangunan sistem satelit itu bermula secara rasmi pada tahun 2000 dengan seramai 16 jurutera ATSB dihantar ke Korea Selatan untuk bekerja bersama rakan teknologi mereka......
Utusan Malaysia 08.08.2003

TEMERLOH 12 Ogos - Pusat Remote Sensing Negara (Macres) Temerloh yang berharga RM80 juta akan menjadi salah satu stesen bumi untuk menerima data pelbagai guna daripada satelit buatan pertama negara, Razaksat yang bakal dilancarkan pada 2005.
Utusan Malaysia 13.08.2003

LANGKAWI Oct 4 - Malaysia's satellite manufacturer, Astronautics Technology Sdn Bhd (ATSB), will begin...
.....Asked on the timetable for launching RazakSat, which was named after Malaysia's third prime minister Tun Abdul Razak, Ahmad Sabirin said that it could be probably done in the first quarter of 2005......
Utusan Malaysia 05.10.2003

JOHOR BAHRU Feb 17 - The country's second microsatellite "RazakSAT" has successfully completed the "Flight Model-Manufacturing Readiness Review (FM-MRR) in Daejeon, South Korea last week.
Managing Director of Astronautic Technology (M'sia) Sdn Bhd (ATSB), Dr Ahmad Sabirin Arshad said the success of the FM-MRR process meant that RazakSAT could now enter the final phase which is the construction of the flight model to be launched into outer space....
Utusan Malaysia 18.02.2004

KUALA LUMPUR 5 Mac - Masalah penerokaan hutan secara berleluasa bakal ditangani secara menyeluruh dan berkesan dengan pelancaran satelit keempat negara, RazakSAT. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (NSA), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman berkata, satelit RazakSAT yang akan dilancarkan di Pulau Kwajeilin, kepulauan Micronesia, Lautan Pasifik selewat-lewatnya awal tahun depan itu mempunyai kemampuan pencerapan ke bumi sejauh 600 kilometer dari angkasa.....
Utusan Malaysia 06.03.2005

SHAH ALAM 4 Mei - Pembinaan mikrosatelit buatan Malaysia yang kedua, RazakSAT kini siap sepenuhnya dan bersedia untuk dilancarkan ke orbit pada bila-bila masa.
Utusan Malaysia 05.05.2006

MEASAT-3 atau Satelit Asia Timur Malaysia ketiga akhirnya menyertai ribuan satelit di orbit. Berada pada ketinggian 35,786 kilometer (km) dari bumi, Measat-3 yang dilancarkan pada 12 Disember lalu di Baikonur Cosmodrome dijadualkan berfungsi pada Februari depan dan akan berada di orbit selama 15 tahun. Measat-3 yang nilai pelaburannya RM1 bilion akan mengambil alih peranan Measat-1 dan Measat-2 yang masing-masing mempunyai jangka hayat 12 tahun selepas dilancarkan pada tahun 1996. Bagi Malaysia sendiri, ini adalah satelit keempat dilancarkan selepas TiungSAT-1, Measat-1 dan Measat-2. Menyusul tahun depan ialah RazakSAT. Kehadiran TiungSAT dan RazakSAT juga membuktikan Malaysia tidak ketinggalan
Utusan Malaysia 24.12.2006

KUALA LUMPUR 26 Mac – Satelit pencerapan bumi kedua negara, RazakSAT, dijangka dilancarkan Disember tahun ini, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Ruddin Ab. Ghani.
Utusan Malaysia 27.03.2007

....Selepas kejayaan TiungSAT-1 itu juga, ATSB kini sedang menghitung hari untuk melancarkan satelit kedua mereka pula iaitu RazakSAT yang dibina sejak 2000 yang dijangkakan pelancarannya tahun depan......
Utusan Malaysia 10.10.2007

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pelancaran RazakSat, satelit mikroorbit rendah kedua Malaysia, yang dijadualkan penghujung tahun ini dari Kwajalein di Kepulauan Marshall di Pasifik, ditangguhkan ke tahun depan.
Utusan Malaysia 12.11.2007

.....Bagi Malaysia satu daripada satelit yang bakal dilancarkan September ini ialah RazakSat yang dikelaskan dalam satelit mikro dan ini merupakan satu kejayaan bagi Angkasa dan ATSB yang membangunkan projek tersebut......
Utusan Malaysia 17.04.2008

....Mustafa berkata, satelit berkenaan dijadual dilancarkan pada bulan kemerdekaan iaitu antara 31 Ogos hingga 16 September ini.Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai kos keseluruhan projek tersebut.....
Utusan Malaysia 19.06.2008

.....Setakat ini, Malaysia telah pun melancarkan satelit TiungSAT dan merancang untuk melancarkan satelit kedua RazakSAT pada akhir tahun ini.......
Utusan Malaysia 21.08.2008


SHAH ALAM 12 Mac – Satelit RazakSat yang sebelum ini ditangguhkan beberapa kali akan dilancarkan dari Bucholz Army Airfield, Kwajalein Island berhampiran Guam dalam wilayah Amerika Syarikat (AS) pada 21 April ini.
Utusan Malaysia 12.03.2009

PUTRAJAYA 17 April — Pelancaran satelit RazakSAT yang dijadualkan Selasa depan di Kwajalein Atoll, Republik Kepulauan Marshall ditangguhkan berikutan masalah teknikal pada kenderaan pelancarnya, Falcon 1.
Utusan Malaysia 17.04.2009

KUALA LUMPUR 15 Mei - Satelit kedua negara, RazakSat dijadual dilancarkan pada pertengahan Julai ini, selepas syarikat pengendali pesawat penghantarannya berjaya membaiki sistem anti-gegaran pada pelancar dan roket tersebut.
Utusan Malaysia 16.05.2009

Hawthorne, California – June 1, 2009 – Space Exploration Technologies (SpaceX) and Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) of Malaysia announce a new launch window has been set for Falcon 1 Flight 5, carrying the RazakSAT satellite to orbit. The launch window opens Monday, July 13th and extends through Tuesday, July 14th, with a daily window to open at 4:00 p.m. (PDT) / 7:00 p.m. (EDT).
www.atsb.my

Sekadar maklumat umum yang saya ambil dari Utusan Malaysia. Kita lihat betapa lama masa yang diambil oleh syarikat lantikan kerajaan tersebut untuk hanya membina beberapa sub-sistem RazakSat tersebut. Walaupun ATSB 'claim' bahawa satelit itu adalah buatan anaka tempatan, namum yang jelas bahawa satelit itu dibina di korea. Hanya beberapa bahagian kecil sahaja yang dibina oleh anak tempatan. itupun ambil masa ntah berapa tahun. Ini bukan cakap kosong,malah saya sendiri pernah melawat pembinaan satelit ini pada 2007 di Shah Alam & pusat kawalam misi di Banting.

Ketika itu, mereka mengatakan satelit itu telah masuk ke fasa akhir & menunggu mas untuk dihantar ke Banting untuk proses akhir & 'calibration'. Satu perkara menarik ketika saya membuat lawatan ke pusat kawalan misi di Banting. Ketika lawatan ke bilik bersih yang ketika itu RazakSat masih belum sampai, saya bertanya satu soalan kepada pegawai penyelidik disitu.

"Apa yang cik buat sekarang ni? Bilik ni masih kosong, yang ada cuma satu alat 'calibration'." Jawab dia," Ooo...kami....kami...buat apa yang boleh dulu. Kami belajar cara nak gunakan mesin tu. Nanti, satelit dah sampai senang la kami nak buat. Terus guna je."

Hmm...tu la jawapannya. Rasa macam nak gelak & muntah dengar jawapan tu. Dia ingt kita ni budak skolah rendah boleh tipu macam tu je. Takkan kami ni tak boleh pikir. Sekadar pengetahuan saya yang cetek ni, saya rasa saya tahu apa kita akan dapat kalau kita beli sesebuah mesin dr mana2 syarikat. Biasanya, mesin yang dibeli akan disekalikan pakej 'instalment' & 'training' untuk staf yang akan menggunakan mesin tu. Tak perlu la nak hafal manual ke atau buat-buat sibuk study pasal mesin tu. Hai...manusia....

Penat rasanya datang lawatan tu,macm tak dapat apa2 pun. Tak pe la, at least diorang bg makan tghr free lepas lawatan tu.

Apa yang menjadi masalah utama kita di Malaysia ni adalah perancangan pembangunan kita masih di kuasai oleh golongan politik. Mereka boleh buat apa saja keputusan ikut kehendak mereka. Seolah-olah tak ada 'blueprint' untuk masa depan aeroangkasa kat negara kita ni. Cerdik pandai & pakar2 bidang aeroangkasa tak dimanfaatkan. Hala tuju ntah apa2. Yang difikirkan adalah komisen hasil pembeliaan barang2 dr luar tu. Bila dah dapat tu, peduli ala ape nak jadi. Tak cukup barang, kita beli lagi. Malaysia kan 'kaya'. Kalau agak2 tak cukup duit, kita naikkan harga minyak, naikkan tol. Pastu kita bagi keuntungan sesama kita. Peduli apa masalah rakyat. Yang penting kita kenyang, anak cucu kita senang. Tak gitu YB?

Entahlah...nak cakap banyak2 loya pulak rasanya. Kita sama2 la fikir sendiri. Tapi jangan fikir lama2. nanti makin kenyang mereka2 tu. duit rakyat makin banyak la disalah gunakan. Kita juga yang rugi.

That all for now. Maaf terkasar bahasa ye YB...kalau YB makan cili, rasa la pedasnye...
Saya cuma bagi pendapat...

Assalamualaikum....


A Greeting



A greeting from Ummu Muhammad to Abu Muhammad
Even Muhammad is not here yet, this is also for you.


Specially for MY HUBBY,

"Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes,
and give us (the grace) to lead the righteous."

Love u so MUCH....
LiLlah wa FiLlah



To Muhammad,

When you are here one day (InsyaAllah), my hope is you be a good muslim. Believe that Allah the only God who create us. He create you, He create me & He create Ummi. There is no other same like Him.

My first word to you...

With love,

Abi


Space & I



First time tengok blog ni mesti orang tertanya-tanya. "Kenapa lah ada perkataan space kat blog ni? Tajuk blog pulak Voice From Mars."

Sebagai hamba, kita tak sepatutnya terlepas daripada memikirkan tentang kejadian alam ini dan Penciptanya. Semakin kita meneroka alam yang luas ini, semakin kerdil rasa diri ini berbanding luasnya hamparan dunia yang Allah sajikan.

Sejak kecil, saya bercita-cita untuk berada jauh di angkasa raya untuk melihat sebesar mana alam yang Allah jadikan ini. Sehingga ada yang bertanya saya ketika saya memilih untuk menceburi bidang berkaitan sains angkasa; "Kenapa pilih bidang yang tak ada kerja tu? Dah keluar nanti nak kerja apa? Kalau masuk course ni boleh jadi angkasawan la nanti?" Tu la antara soalan yang saya terima. Saya layan je semua soalan tu dengan jawapan yang saya rasa sesuai utk si penanya masa tu. Namun, saya ada jawapan saya sendiri.


Saya tak tahu kenapa saya minat sangat dengan angkasa lepas. Wlaupun kita tahu kat luar sana tu hanya hitam, gelap, tapi bagi saya ia cukup menarik & memberi saya peluang untuk memikirkan kekuasaan Allah. Masa buat degree dulu, saya belajar tentang Satelit, Roket, Launcher, dan banyak lagi ciptaan-ciptaan manusia untuk menrokai alam.

Tapi, tiap kali nampak gadjet baru yang manusia cipta, makin jelas kekuasaan Allah yang tak boleh kita sangkal lagi.

Saya nak bawa satu contoh ketika saya buat degree dulu. Pastinya para pembaca pernah dengar mengenai "Hubble Space Telescope". Hah...? Tak tau...? tak pe, tak pe. Kalau nak tau klik sini



Hubble telescope (yang dalam gambar tu) adalah telescope gergasi yang dipasangkan alatan setelit padanya. Sebelum projek ni dilancarkan, manusia mencerap segala yang ada di langit dari bumi. Disebabkan telescope yang ada tak cukup berkuasa & ditambah pula dengan gangguan atmosfera, maka manusia mencipta telescope ini. Dengan adanya telescope ni, maka semakin banyak makhluk kejadian yang Allah cipta dapat dilihat.

Apa yang nak saya ceritakan di sini bukanlah telescope tu, tapi bagaimana saya merasa kekerdilan manusia ini dengan penemuan-penemuan yang baru saja kita temui yang Allah telah cipta ratusan ribu tahun dahulu. Bukan setakat tu saja, malah saintis mengatakan terlalu banyak lagi kejadian alam yang tak dapat manusia teroka lagi kerana kelemahan alat yang dicipta.

Saya menjadi terpaku dengan kata-kata itu. Langkah besarnya kekuasaan Allah denga apa yang diciptakan. Tidak ada yang dapat kita bandingkan denganNya yang maha Tinggi maha Kuasa. Benarlah firman Allah:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
(Al- Baqarah: 165).

Tidak ada ungkapan yang lebih agung dapat kita ucapkan selain mengaku bahawa Tiada tuhan layak disembah melainkan Allah yang maha Agung & maha Kuasa.

Oleh itu,wahai saudaraku semua, mari kita sama-sama memperhatikan alam ciptaan Allah untuk kita insafi bersama siapa diri kita & apakah nilai kita disisi Allah kalau kita tidak beriman padaNya.

Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu ingkari ayat-ayat Allah, padahal Allah Maha menyaksikan apa yang kamu kerjakan?" (Ali- Imran: 98 )

WalLahualam

p/s: Ada satu buku karangan John Gray menceritakan perbezaan antara lelaki & perempuan. digambarkan bahawa lelaki & perempuan tu datang dari 2 planet yang berbeza. Man Are From Mars, Women Are From Venus. Sekadar analogi.

Pintu-pintu Syaitan


Baru- baru ni kami ada berbincang suatu bab yang dipetik daripada buku Allahyarham Fathi Yakan: Apa Erti Saya Menganut Agama Islam? Walaupun hati masih sedih dengan berita pemergian beliau ke Rahmatullah, tetapi inilah sedikit sebanyak ilmu yang beliau sampaikan & kita panjang-panjangkan kepada yang lain. Moga Allah mengira usaha ini sebagai saham beliau di akhirat kelak........

Kupasan yang sungguh menarik daripada sahabat. Walaupun macam perkara biasa yang kita dengar, tetapi penuh bermakna denga olahan & tutur bicara serta contoh-contoh realistik yang diberi membuatkan kami yang mendengar seolah-olah tak mahu dia berhenti bercakap. Antara yang disebut adalah Cara-cara Menghalang Godaan Syaitan.

Saya nak petik terus daripada buku tersebut sebab saya tak pandai nak olah dengan lebih menarik:

Bagi membantu manusia bagi menghadapi hasutan syaitan dan serangan-serangan Iblis, Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para salihin dengan katanya:

"Saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui sepuluh pintu:

Pertama:

Tamak dan buruk sangka, maka aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

Kedua:

Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan, lalu aku menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.

Ketiga:

Cintakan kerehatan dan kemewahan, lantas aku menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

Keempat:

Kagum terhadap diri sendiri ('Ujub), lantas aku menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah dan kepada akibat yaburuk.

Kelima:

Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka, lalu aku menghaddengan mengenali hak-hak mereka serta menghormati mereka secara wajar.

Keenam:

Hasad (dengki), lalu aku menghadapinya dengan sifat berpada (qana'ah) dan reda terhadap kurniaan Allah kepada makhluknya.

Ketujuh:

Riya' dan sukakan pujian orang. Lalu aku menghadapinya dengan ikhlas.

Kelapan:

Bakhil (kedekut), lalu aku menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa manakala yang kekal itu berada di sisi Allah.

Kesembilan:

Takabbur (membesarkan diri), lalu aku menghadapinya dengan rasa tawaduk.

Kesepuluh:

Tamak haloba, lalu aku menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah dan tidak tamak terhadap apa yang ada di sisi manusia.


Di antara arahan-arahan yang di anjurkan oleh Islam sebagai jalan untuk mengelak serangan dan tipu daya syaitan ialah agar sentiasa seseorang itu mengingati Allah apabila memulakan setiap pekerjaan. Satu riwayat daripada Abu Hurairah berhubung dengan hal ini menyebutkan: "Syaitan bagi orang-orang mukmin telah bertemu syaitan bagi orang-orang kafir, lalu di dapati syaitan bagi orang-orang kafir dalam keadaan gemuk-montel sedangkan syaitan bagi orang-orang mukmin dalam keadaan kurus kering bertelanjang dan kusut masai. Lalu syaitan bagi orang-orang kafir itu bertanya kepada syaitan bagi orang-orang mukmin: Kenapa kamu kurus kering?. Lalu ia menjawab: "Aku bersama seorang lelaki yang apabila ia makan ia menyebut nama Allah, lalu aku terus kelaparan, apabila ia minum ia menyebut nama Allah, lalu aku terus dalam keadaan dahaga, apabila ia memakai pakaian ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus bertelanjang. Apabila ia memakai minyak rambut juga ia menyebut nama Allah menyebabkan aku terus kusut masai". Kemudian syaitan bagi orang-orang kafir itu berkata: "Tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah aku berkongsi makan, minum dan pakai dengannya".



Di antara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan menghadapi tipu daya dan godaan syaitan ialah dengan cara:

1. Janganlah terlalu kenyang apabila makan meskipun menghadapi makanan yang baik dan halal kerana Allah berfirman:

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا

Maksudnya:

"Makanlah dan minumlah, tetapi jangan kamu berlebihan". (Surah Al-A'raf 7: Ayat 31)

Rasulullah s.a.w juga bersabda mengingatkan, maksudnya:

"Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam mengikut perjalanan darah. Oleh itu sempitkanlah pintu masuknya dengan kelaparan". (Hadis riwayat Ahmad)

2. Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w:

"Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya ke atas hati anak Adam, maka jika ia mengingati Allah ia pun lari daripadanya, jika sekiranya ia lupakan Allah syaitan akan mengunyah hatinya".

(Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya)

3.Tidak tergopoh gapah dalam sebarang pekerjaan kerana mengingati pesanan Rasulullah s.a.w:

"Bergopoh-gapah (terburu-buru) itu adalah dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah".

Sebenarnya ruang ini adalah terbatas untuk menyebut semua sebab, amal-amal dan pesanan-pesanan yang dianjurkan oleh Islam untuk menjaga diri dari serangan dan godaan syaitan. Memadailah di sini kita melihat firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ اتَّقَوْا إِذَا مَسَّهُمْ طَائِفٌ مِنَ الشَّيْطَانِ تَذَكَّرُوا فَإِذَا هُمْ مُبْصِرُونَ

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah Al-A'raf 7: Ayat 201).


WalLahualam



Apabila Si Dungu menguasai



Tak ada komen tambahan yang saya nak berikan di sini selain untuk mengajak umat Islam dia Malaysia ni untuk sama-sama
BERFIKIR!!!



" Andai kata kamu tidak meyukai sesuatu, maka janganlah kamu melihat pada siapa yang memperkatakannya, tetapi lihatlah pada apa yang dikatakannya"

moga bermanfaat

credit to | hanief.blogspot






Children Science Book




Label

Buku Pendidikan Kanak - Kanak
Hasil tulisan
Shahbatun Abu bakar
Dr. Nordin Endut





Hanya
LabelUntuk setiap set

Harga di pasaran

1 Set of "Let's Investigate The earth & Universe"

- A Miracle Drop RM 9.90

- The burning Lamp RM 9.90

- The living planet RM 9.90

- The Shining Moon RM 9.90

- The Vastness of The Universe RM 9.90


= RM 49.50

= RM64.90 (Sabah/Sarawak)


Buat tempahan anda sekarang



Cara membuat tempahan

Hantarkan email kepada

usdia2@yahoo.com beserta maklumat berikut

Nama Buku: Let’s investigate the Earth and Universe

Jumlah set: _____ set buku

Payment method / Kaedah bayaran: Wang pos / Transaksi Bank / Voucher

Nama: _______________________________

Alamat pos: ___________________________

No. Tel: ______________________________

Email: _______________________________

Atau

Telefon: En. Mohd Farid 019 – 657 5876





My Mujahid


MySpace Countdowns





Betapa kerdilnya kita disisiNya



Pernahkan kita membayangkan?


Apabila makhluk-makhluk Allah yang berada di angkasa dibandingkan saiznya. Berapakah saiz badan kita berbanding besarnya bumi ini?

Mari kita buat sedikit perbandingan.....
--> Pada pandangan ini, pastinya kita tidak lagi kelihatan. Namun, bumi masih kelihatan gah berbanding saiz planet yang lain.

1
--> Mari kita lihat ini pula. Bumi hanya seperti sebiji guli yang kecil. Di manakah kita?




2
--> Barulah kita sedar betapa kecilnya bumi kita & betapa kerdilnya diri kita ini. Kita lihat di bawah ini pula. Betapa besarnya matahari hingga bumi sudah hanpir tidak kelihatan.

3 --> Matahari sudah semakin kecil apabila kita bandingkan dengan bintang-bintang lain


4
--> Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi.

5


--> Di sini matahari hanya sebesar debu!


Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.

Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.

Lalu . . .

Siapakah kita?

Apakah tujuan hidup kita?

Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?

Masihkah kita bisa menepuk dada & berkata "inilah aku!"...??

Sedangkan kita terlalu kerdil berbanding Tuhan yang mencipta sekalian alam.