Muhammad Al- Fateh ke Sekolah






Pengalaman baru dilalui oleh anak-anak pada hari ini. Ada yang baru melangkah ke Tingkatan 1, ada yang ke Darjah 1, ada yang ke Tadika & ada pula yang ke Taska.

Muhammad Al-Fateh sudah berumur 2 tahun lebih. Hari ini dia telah pun ke sekolah. Pelik je bunyinya.

Memang benar. Hari ini hari pertama di ke Taska. Agak liat nak bangun pagi. Biasanya angkat terus ke rumah nenek. Sambung tidur kat sana. Hari ni lain. Kena kejut, terus mandi.

Alhamdulillah dia tak meragam pagi ni. happy je bila sampai sekolah. dapat main toy baru. cikgu pun baru, rajin nak layan dia.

Tapi, masalahnya.....

Salah seorang guru dia ni tak pakai tudung. Dalam tawaran yang diberi semasa taklimat dulu, katanya akan ditekankan pendidikan nilai murni. Saya terfikir, macam mane la diorang ni nak ajar tentang nilai murni sedangkan dia sendiri tak betul. Takkan la anak ketam boleh jalan tegak kalau bapaknya ajar jalan ketepi?

Kalau setakat mengajar ABC, ramai boleh buat. Tapi, pengajaran juga datang daripada contoh. Kalau contoh tak baik, macam mana nak ajar anak didik jadi baik. Saya hargai usaha cikgu2 di sekolah tu, tapi bagaimana pula nanti kalau anak2 ini tanya mengapa mak pakai tudung, cikgu tak pakai? apa la kita nak ajwab nanti....

1 Response to "Muhammad Al- Fateh ke Sekolah"

  1. Ummu Al-Fateh Says:

    Suka3. LIKE!..
    hehe Moga Allah permudahkan.
    Ummi Abi kene terus bersedia utk memperkasakan pendidikan di rumah InsyaALLAH.

Post a Comment

What is your opinion about this post? Please leave your comment below.....